Penjagaan gigi professional kanak-kanak sekolah | Malaysian Dental Association https://web.mda.org.my Promoting the Science and Art of Dentistry Tue, 26 Mar 2024 06:09:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9 https://web.mda.org.my/wp-content/uploads/2020/04/cropped-mda-icon-512x512-1-32x32.png Penjagaan gigi professional kanak-kanak sekolah | Malaysian Dental Association https://web.mda.org.my 32 32 22. Kerjaya Bidang Pergigian https://web.mda.org.my/22-kerjaya-bidang-pergigian/ https://web.mda.org.my/22-kerjaya-bidang-pergigian/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:59:37 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7521

22. Kerjaya Bidang Pergigian

Tahukah adik bahawa negara kita amat ketandusan doktor gigi? Setakat ini kita hanya mempunyai sekitar 1 800 doktor gigi di seluruh negara. Ini bermakna seorang doktor gigi terpaksa merawat sekitar 13 000 orang pesakit. Ramai daripada doktor gigi bekerja di klinik kerajaan tetapi ada juga sebahagian yang membuka perniagaan mereka sendiri. Tetapi tidak kira di mana mereka berada, kewajipan mereka ialah untuk membantu meredakan keluhan pesakit sebaik mungkin. Untuk menjadi doktor pergigian adik mesti rajin dan gigih belajar. Pelajaran sains amat penting untuk kita hayati. Matematik juga sama pentingnya. Oleh kerana kita juga adalah masyarakat majmuk maka kita juga perlu mempelajari tentang adat resam setiap bangsa dan agama di negara ini. Di negara kita ini terdapat hanya dua buah universiti yang menawarkan kursus ijazah di bidang pergigian iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di UM kursus itu mula ditawarkan sejak 1972 dan kini telah menghasilkan seramai 1 100 orang doktor gigi sementara di UKM pula baru dimulakan pada tahun 1997. Di Fakulti Pergigian adik akan dilatih dalam pelbagai disiplin yang amat menarik seperti mengenai rangka dan tulang manusia, pertumbuhan gigi dan rahang. Adik juga akan mempelajari bagaimana membancuh ubat-ubatan, jenis rawatan yang boleh diberikan dan pelbagai macam jenis logam dan bahan tampalan yang digunakan. Tugas doktor gigi sebenarnya bukan sekadar mencabut dan menampal gigi sahaja. Kerjaya itu menawarkan pelbagai bidang kepakaran yang boleh adik ceburi.

]]>
https://web.mda.org.my/22-kerjaya-bidang-pergigian/feed/ 0
21. Ilmu Kimia dan Sains Pergigian https://web.mda.org.my/21-ilmu-kimia-dan-sains-pergigian/ https://web.mda.org.my/21-ilmu-kimia-dan-sains-pergigian/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:58:52 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7519

21. Ilmu Kimia dan Sains Pergigian

img

Salah satu bidang sains yang penting ialah ilmu kimia yang berkaitan tentang bahan dan reaksi antara bahan.

Reaksi antara bahan kimia terjadi di mana-mana contohnya, apabila kita makan gula-gula, ia akan dipecahkan kepada pelbagai zat kimia termasuk yang menjadi zat berkhasiat atau sebaliknya.

Ilmu kimia penting dalam kerjaya pergigian kerana doktor pergigian banyak menggunakan bahan kimia dalam kerjanya sehari-hari.

Oleh itu, semua pelajar yang mengikuti bidang pergigian mesti belajar tentang jenis bahan, bentuk dan sifat bahan yang digunakan untuk setiap jenis rawatan yang dilakukan di dalam dan luar mulut.

Sekiranya anda pernah menerima rawatan, doktor gigi akan memberikan suntikan pelalian supaya anda tidak berasa sakit semasa gigi dicabut. Ubat pelali ini dibuat daripada pelbagai jenis bahan kimia sama ada sesuai untuk kanak- kanak, orang dewasa atau mereka yang mengidap penyakit merbahaya.

Kadang-kadang apabila gigi terlalu goyang, doktor tidak menggunakan suntikan tetapi hanya menggunakan bahan pes ataupun bahan semburan (spray).

Tindakan kimia sesuatu bahan kimia itu tidak sama dengan bahan suntikan kerana ia diperbuat daripada bahan kimia yang lain. Kalau adik-adik perlu tampalan gigi yang rosak sedikit, adik-adik perlu perhatikan bagaimanakah warna dan bentuk bahan itu?

Jika ia bahan logam amalgam yang berwarna kelabu, adik perlu perhatikan bagaimanakah ia dibancuh? Bahan tampalan amalgam memerlukan mesin pengadun untuk mencampurkan bahan logam amalgam kerana ia mengandungi pelbagai logam kimia yang perlu diikat secara kimia sebelum boleh dimasukkan ke dalam kaviti.

Ia juga memerlukan alat yang menyerupai pistol untuk memasukkannya ke dalam kaviti gigi yang rosak.

Apabila telah diadunkan, ia dimasukkan ke dalam kaviti dengan menggunakan sendok lurus plastik. Sejenis alat sinar juga digunakan untuk memastikan bahan itu mengeras. Semua bahan campuran mi memerlukan sukatan khusus.

Ini penting kerana semasa bahan itu diadunkan, hasil tindak balas kimia akan mengeluarkan gas dan bahan toksik lain yang boleh memudaratkan keadaan pesakit.

Selain bahan damar plastik, terdapat juga bahan damar yang khususnya digunakan untuk membuat gigi palsu tetapi sukatan campurannya tidak sama dengan bahan tampalan damar di dalam mulut.

Oleh itu, reaksinya juga berbeza antara satu sama lain. Ini kerana semasa dicampuradukkan ia menghasilkan gas dan bau yang boleh membahayakan pesakit.

Doktor gigi juga mesti mengetahui bahan kimia yang manakah lebih sesuai untuk menghapuskan bakteria pada alatan yang digunakan. Ini bagi mengelakkan peralatan rawatan menjadi mudah rosak.

Selain itu, doktor pergigian juga akan memberikan preskripsi ubat-ubatan kepada pesakit ketika diperlukan. Mereka mesti mengetahui ubat jenis manakah yang perlu digunakan sebagai bahan kumur dan kegunaan luar sahaja.

Jika doktor pergigian tersalah memberi ubat, ia akan membawa padah kepada pesakit dan profesionnya sebagai doktor gigi. Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pergigian atau perubatan sebagai kerjaya masa depan, anda perlu memupuk minat membaca banyak tentang ilmu kimia. Berikan perhatian apabila guru mengajar mata pelajaran sains di sekolah

]]>
https://web.mda.org.my/21-ilmu-kimia-dan-sains-pergigian/feed/ 0
20. Matematik dan Gigi https://web.mda.org.my/20-matematik-dan-gigi/ https://web.mda.org.my/20-matematik-dan-gigi/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:58:08 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7517

20. Matematik dan Gigi

img

Sekiranya adik-adik mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi, mata pelajaran yang penting dan perlu diberi perhatian iaitu mata pelajaran Matematik.

Mempelajari ilmu pergigian tidak akan lengkap jika tanpa matematik. Kita memerlukan matematik untuk menghitung jumlah gigi dan mengenali kedudukan gigi dalam rahang.

Selain itu, melalui matematik kita mengetahui saiz kecil besarnya gigi dan sudut terletaknya rahang terhadap tulang muka dan tengkorak.

Mereka yang mahir matematik tidak akan tersalah mengukur panjang rahang dan besar gigi itu tanpa menampakkan giginya seperti gigi palsu.

Ilmu matematik dalam bidang pergigian juga akan membantu kita memahami sukatan logam dan bahan-bahan yang banyak digunakan oleh doktor gigi sebagai bahan tampalan, bahan pelapik gigi palsu dan pelbagai lagi.

Doktor gigi perlu mengetahui tentang titik tindih, titik lebur, titik embun, kekuatan bahan, tegasan ricih, geseran bahan yang akan digunakan.

Kalau sukatan logam tidak sesuai pula, ia akan cair atau terlalu lembek semasa diletakkan ke dalam mulut.

Bahan logam yang digunakan sebagai tampalan mesti mengeras dalam kadar segera, supaya dapat menjalankan fungsi untuk mengunyah dan menggigit.

Malah, kita juga perlu mempelajari matematik kerana ia banyak digunakan dalam teknik menyiapkan gigi untuk menerima tampalan.

Jika tidak, bahan tampalan tidak tahan lama dalam tempatnya dan akan terlepas keluar sehingga gigi mempunyai lubang semula.

Matematik juga hanyak digunakan untuk reka bentuk semua peralatan yang digunakan dalam merawat pesakit termasuk saiz kerusi duduk pesakit.

Jika kedudukan kerusi tidak betul, pesakit tidak berasa selesa. Doktor pergigian pula turut tidak berasa selesa semasa menjalankan rawatan, malah akan mengalami sakit tulang belakang dan menjejaskan kesihatan.

Selain itu, matematik juga amat diperlukan untuk memastikan alat penggerudi yang digunakan mempunyai kawalan terhadap gerakan dan kadar putarannya.

Putaran yang terlalu lambat hanya sesuai untuk keadaan tertentu. Jika digunakan pada keadaan lain getaran lemah yang dihasilkan akan menambahkan rasa sakit pada pesakit.

Kalau putaran terlalu tinggi pula, alat penggerudi sukar dikawal semasa digunakan dalam mulut. Ini boleh mengakibatkan mulut kita robek dan mencacatkan muka.

Teknik pencabutan bukan sahaja memerlukan kekuatan tenaga diri tetapi yang lebih penting ia mesti dilakukan dengan perletakan alat pencabut yang betul.

Setiap satu jenis gigi mempunyai sudut perletakan alat yang khusus. Sudut itu juga berbeza untuk gigi dirahang atas dan bawah, gigi belakang serta depan.

Jika perletakan alat tidak kena pada tempatnya, gigi yang dicabut sukar untuk keluar dan akan patah ditengah di dalam rahang.

Sebenarnya, orang selalu mengeluh jika tidak tahu apa kegunaan matematik dalam cita-cita kerjayanya.

Jika kita bercita-cita untuk mempelajari ilmu pergigian, berusahalah dari sekarang untuk mengenal dengan lebih dekat lagi asas ilmu matematik.

Kita hanya akan menghargai ilmu ini dan tidak berasa bosan mempelajarinya apabila kita tahu pentingnya ia dalam mengejar cita-cita kita.

]]>
https://web.mda.org.my/20-matematik-dan-gigi/feed/ 0
19. Menjaga Luka https://web.mda.org.my/19-menjaga-luka/ https://web.mda.org.my/19-menjaga-luka/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:57:24 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7515

19. Menjaga Luka

img

Semua doktor gigi akan cuba tidak melakukan cabutan gigi pesakit kecuali jika kedaan terpaksa.

Lazimnya, setelah gigi dicabut doktor gigi memberi nasihat kepada anda cara menjaga luka yang terbuka selepas gigi dicabut.

Tahukah adik menjaga luka penting?

Seseorang pesakit itu akan mengalami rasa sakit yang tidak terhingga dan mengalami rasa sakit yang lebih teruk lagi jika tidak mengambi berat nasihat doktor.

Tetapi, jika and tahu bagaimana menjaga dia, anda akan dapat mengurangkan gejala atau komplikasi yang boleh berlaku.

Apabila gigi dicabut, kita akan mengalami pendarahan kerana terputusnya kapiler darah dalam akar gigi daripada salur darah induk.

Doktor gigi akan meletakkan kapas gauze di atas lubang luka serta menyuruh pesakit menggigitnya. Gigitan ke atas kapas gauze menimbulkan tekanan yang perlu terhadap kapiler darah kecil dalam gusi yang akan menghentikan darah daripada terus mengalir keluar.

Pada waktu yang sama, darah yang keluar di bahagian hujung akar gigi dekat tulang akan masuk ke dalam lubang yang telah ditinggalkan oleh gigi yang dicabut tadi.

Apabila lubang luka telah penuh terisi darah, maka pendarahan akan berhenti dengan sendirinya, biasanya antara 10 hingga 15 minit.

Bagaimanapun, pendarahan akan terjadi lebih lama jika pesakit mengalami infeksi gusi sebelum cabutan gigi dilakukan.

Pendarahan juga boleh menjadi lebih lama apabila gigi dicabut dalam keadaan abses atau bernanah di bawah akar gigi masih ada.

Keluarkan kapas setelah 15 minit dan biasanya terdapat hanya sata bahagian bekas darah pada bekas kapas gauze.

Jika kapas gauze itu dikeluarkan lembab dengan darah merah, kemungkinan sekali suatu komplikasi telah terjadi.

Doktor mungkin perIu menjahit lubang luka dan membubuh ubat untuk menghentikan perdarahan yang masih ada.

Anda juga tidak bo leh mengorek lubang luka dengan sebarang alat termasuk jari tangan, pencungkil gigi dan semacamnya.

Perbuatan itu akan mengganggu proses penghentian pendara han dan melambatkan pemulihan tisu sekitar lubang luka tadi.

Jika perlu berku mur, pastikan anda jangan berkumur secara berterusan kerana ini akan melambatkan proses penghentian pendarahan.

Jika ingin berkumur untuk satu atau dua jam pertama, lakukan dengan perlahan dan kumur sekali sahaja dengan menggunakan sama ada air biasa atau air garam sejuk.

Luka cabutan selalunya masih terasa sakit dan rasa sakitnya meningkat hari demi hari. Jika serius, segera berjumpa doktor. Doktor akan membekalkan pil antibiotik dan anda perlu mengambilnya sehingga habis, ini bertujuan mencegah proses infeksi daripada berulang.

Lubang cabutan yang tidak boleh mengecut dinamakan soket kering (dry socket).

Jika keadaan ini berlaku ia menimbulkan rasa amat sakit dan sekiranya dibiarkan akan memudaratkan kesihatan.

Keadaan kesihatan am anda perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama doktor perubatan supaya rawatan cabutan berjaIan dengan selamat.

Ini penting kerana penyakit diabetes yang tidak terkawal akan menimbulkan kerumitan dalam proses sembuh luka dan pendarahan lebih lama boleh terjadi pada pesakit darah tinggi.

]]>
https://web.mda.org.my/19-menjaga-luka/feed/ 0
18. Pilih Berus Gigi Sesuai https://web.mda.org.my/18-pilih-berus-gigi-sesuai/ https://web.mda.org.my/18-pilih-berus-gigi-sesuai/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:56:41 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7513

18. Pilih Berus Gigi Sesuai

img

Dulu kita membincangkan mengenal sejarah dan perkembangan berus gigi.

Tetapi ia tidak harus berhenti di situ sahaja. Para saintis barat tidak jemu-jemu berusaha mencipta jenis dan bentuk berus gigi baru yang bermacam rupa.

Cuba anda lihat di pasar raya, pelbagai bentuk berus gigi yang boleh dibeli. Tetapi tahukah anda bahawa berus gigi tidak sekadar direka mengikut hati dan citarasa si pembuat? Ia direka setelah melalui pelbagai penyelidikan. Para pereka yang selalunya terdiri daripada pereka fesyen alat dan para saintis bertengkus lumus memikirkan bentuk berus gigi yang paling sesuai dan menarik minat pengguna. Sebagai contoh, dari segi warna mereka mendapati cita rasa pengguna sudah berubah. Pengguna kini lebih menggemari warna pastel.

Gagang (batang pemegang) berus juga menjadi perhatian. Dahulu bentuk gagang hanya sata, lurus, panjang dan nipis. Kini ia sudah diubah kepada berliku, lurus tebal dan nipis. Semuanya mengikut citarasa pengguna. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa bentuk gagang berus penting untuk kumpulan pengguna tertentu.

Orang yang mengalami kecederaan atau kecacatan tangan lebih gemar kepada gagang yang tebal kerana boleh memegangnya dengan lebih selesa. Pengguna lain pula lebih selesa dengan gagang yang lebih nipis, kanak-kanak pula lebih suka dengan gagang gebu dan gemuk.

Kepala berus juga diselidiki oleh para pereka berus gigi. Ada yang berbentuk bujur, berbentuk ‘diamond’ dan ada pula lurus dan membulat di bahagian hadapan. Bulu berusnya juga sudah diubah dari semasa ke semasa. Dulu kumpulan bulu berus rata dan dibuat daripada nilon putih.

Kini terdapat pula yang mempunyai sebahagian bulu berus (yang terletak di bahagian hadapan) yang lebih panjang dan mempunyai warna pula.

Bahagian yang berwarna dinamakan sebagai ‘indicator tip’. Bulu yang demikian sebenarnya hanya sesuai jika anda memberus dengan gaya lingkaran kerana bahagian yang lebih panjang tadi seharusnya masuk ke bahagian saku gusi. Pereka juga tidak ketinggalan mencipta berus gigi yang menggunakan bateri atau bantuan elektrik. Bateri penggerak akan diletakkan dalam gagang berus. Bahagian memberus boleh tanggal, sesuai untuk dibersih setelah digunakan.

Tetapi anda mesti hati-hati tidak meletakkan gagang dalam air secara langsung kerana ia mudah rosak.

Berus begini amat sesusi untuk kanak-kanak cacat atau datuk dan nenek yang sukar menggerakkan lengan dan penggelangan tangan mereka.

Berus gigi manakah yang sesuai agaknya untuk anda? Sebenarnya semua berus gigi mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membersihkan permukaan gigi dan persekitaran mulut daripada dikerumuni oleh plak dan kuman.

Petua memilih berus gigi

Anda mesti memilih berus:

  1. Sesusi dengan saiz mulut. Jangan gunakan berus gigi dewasa jika anda masih kecil.
  2. Mempunyai gagang yang selesa untuk dipegang. Gagang tidak boleh terlalu panjang.
  3. Mempunyai bulu berus yang lembut atau sederhana lembut.
  4. Memberus gigi secara teratur.
  5. Memastikan semua permukaan gigi anda telah diberus dengan bersih.
  6. Menukar berus gigi sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan sekali atau apabila bulunya telah lusuh.
  7. Jangan lupa memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari,
  8. Anda juga digalakkan menggunakan ubat gigi berfluorida setiap kali memberus gigi. Ini akan memhantu menguatkan Iapisan luar gigi anda daripada serangan asid yang berterusan.

]]>
https://web.mda.org.my/18-pilih-berus-gigi-sesuai/feed/ 0
17. Sejarah Berus Gigi Moden https://web.mda.org.my/17-sejarah-berus-gigi-moden/ https://web.mda.org.my/17-sejarah-berus-gigi-moden/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:55:54 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7511

17. Sejarah Berus Gigi Moden

img

Anda pasti telah mengetahui bahawa amalan memberus gigi setiap hari amat terpuji. Gigih memberus gigi bererti kesihatan gigi dan mulut kita akan lebih terjamin. Tetapi tahukah anda siapa dan bagaimana berus gigi dicipta?

Memflos, menggunakan pencungkil gigi dan memberus gigi bermula sejak zaman prasejarah lagi. Cuma pada waktu itu mereka menggunakan batang dahan pokok. Hujung batang dahan akan dikunyah atau diketuk sehingga membentuk serabut berus menyerupai berus yang kita gunakan untuk melukis.

Bangsa Arab pula menggunakan dahan pokok Arrak yang berbau harum. Setelah dijadikan serabut ia dinamakan siwak atau pencuci gigi.

Berus gigi moden sebenarnya telah dicipta pertama kali oleh bangsa Tionghua semasa zaman Dinasti Tang dalam tahun 618 sehingga 907 selepas masehi. Tetapi berusnya dibuat daripada bulu binatang terutamanya bulu babi.

Rekaan itu telah dipermodenkan oleh William Adis di England pada tahun 1780. Batang berus diperbuat daripada tulang binatang menyerupai batang berus sekarang.

Tetapi bahagian kepala berus ditebuk lubang-lubang yang kemudiannya diisikan dengan bulu binatang. Bulu-bulu itu diikat dengan dawai. Bulu binatang paling mudah diperolehi dan murah.

Bagaimanapun ia mudah menyerap air sehingga kembang dan cepat mejadi lusuh.

Tetapi penggunaan bulu babi banyak menimbulkan masalah kepada mereka yang mempunyai pantang larang keagamaan.

Berus gigi yang diperbuat daripada nylon dan berbatang plastik hanya mula direka selepas Perang Dunia Kedua berakhir iaitu pada tahun 1945. Penggunaan nylon kerana pada ketika itu sukar mendapatkan bekalan bulu babi kerana negara pembekalnya iaitu China dan Russia pada ketika itu berlainan fahaman politiknya.

Oleh kerana amalan memberus gigi sudah menjadi amalan di kalangan masyarakat Eropah, para saintis terpaksa memikirkan alternatif untuk menggantikan bulu babi. Maka timbul idea bulu berus daripada nylon dan ternyata ia lebih baik daripada bulu binatang. Nylon tidak menyerap air dan tahan lebih lama. Nylon mudah dibentuk menjadi lebih halus dan rata tidak seperti bulu binatang.

Malah penggunaan nylon lebih selesa dan daya pem bersihan permukaan gigi lebih baik. Akibatnya penjualan berus gigi meningkat berlipat kali ganda.

Pengeluar berus gigi mula berebut pasaran dengan mengeluarkan aneka bentuk berus gigi. Cuba anda lihat jenis dan bentuk berus gigi yang dijual, menakjubkan?

Petua memilih berus gigi

  1. Cari berus yang mempunyai pemegang yang selesa dan hujungnya bulat supaya tidak melukai tangan anda.
  2. Batang berus mesti sesuai dengan umur dan ukuran tangan anda. Berus gigi selalunya mempunyai tiga sari iaitu untuk kanak-kanak di bawah 10 tahun, remaja dan dewasa.
  3. Bulu berus juga perlu diperhatikan. Jika terlalu sedikit mungkin ia tidak dapat memberus dengan bersih. Paling sedikit setiap berus gigi mempunyai 3 x 4 susunan bulu berus di atas batang berus gigi.
  4. Setiap orang mesti mempunyai berusnya sendiri. Kita tidak boleh berkongsi berus gigi kerana di dalam mulut terdapat banyak kuman. Dengan mempunyai berus gigi sendiri ia boleh mencegah sebarang jangkitan kuman daripada terjadi.
  5. Ganti berus gigi apabila sudah lusuh. Bulu berus yang lusuh tidak dapat membersihkan gigi dengan berkesan.

]]>
https://web.mda.org.my/17-sejarah-berus-gigi-moden/feed/ 0
16. Sejarah Benang Flos https://web.mda.org.my/16-sejarah-benang-flos/ https://web.mda.org.my/16-sejarah-benang-flos/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:55:06 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7509

16. Sejarah Benang Flos

img

Isu yang lalu kita telah membaca tentang asal-usul penggunaan pencungkil gigi. Kali ini kita membincangkan penggunaan benang flos.

Benang flos seperti tusuk gigi. Benang flos digunakan untuk mengeluarkan cebisan makanan yang terselit di antara dua gigi. Ramai yang tidak gemar menggunakannya kerana ia sukar untuk digunakan pertama kalinya. Tetapi ia banyak membawa manfaat kepada mereka yang sememangnya mempunyai gigi yang berdempetan rapi.

Kalau kita mahu gigi kelihatan cantik dan senyuman kita menarik kita perlu mendisiplinkan diri untuk menggunakan flos walaupun ia dikatakan sukar untuk digunakan.

Menurut kajian Akademi Pergigian Am Amerika Syarikat, amalan menggunakan flos gigi sebenarnya bermula sejak zaman prasejarah; zaman hidupnya binatang raksasa dinosaur.

Kenyataan ini dibuat berdasarkan penemuan gigi manusia yang dikatakan hidup di zaman itu di perkampungan Krapina di negara yang dulunya dinamakan Yugoslovakia.

Goresan yang tersusun telah ditemui pada permukaan gigi tersebut. Gurisan itu disebabkan oleh penggunaan alat flos seperti serpihan tulang, bulu binatang atau bahagian tisu pengikat otot kita yang menyerupai tetali dan dinamakan tendon. Kesemua alat flos itu boleh menyebabkan permukaan luar gigi teruk terkikis.

Flos yang diperbuat daripada benang sutera telah ditemui pada awal tahun 1800. Antara orang yang pertama membuat pengamatan tentang penggunaan benang flos ini ialah Levi S Parmley. Malah beliau telah membukukan nota mengenai fenomena penggunaan flos ini pada tahun 1819. Menurut beliau, benang sutera ini mampu mengeluarkan punca penyakit gusi yang banyak terdapat di bahagian leher gigi.

Benang sutera ternyata amat mahal. Penemuan bahan plastik nilon pada tahun 1948 oleh C.C Bass telah dapat menggantikan benang sutera sebagai benang flos.

Dr Bass ialah seorang doktor awam yang banyak mengkaji perihal kuman atau bakteria.

Beliau banyak mengkaji kaedah mempertingkatkan lagi kebaikan benang flos ini. Kini kita boleh membeli pelbagai benang flos.

Benang flos zaman moden diselaputi bahan seperti lilin atau bahan penghakis supaya kotoran di antara gigi boleh dibersihkan secara berkesan.

Kajian berkaitan benang flos masih giat dijalankan hingga kini. Kajian ini telah memungkinkan kita kini membeli benang flos yang telah mempunyai pemegangnya selain daripada kotak benang sahaja. Pemegang ini beraneka rupa, ada yang daripada bahan plastik pakai buang. Ada juga yang dibuat daripada bahan tahan lasak.

PETUA MENGGUNAKAN FLOS

  • Banyak bersabar pertama kali menggunakan flos.
  • Hindarkan pembaziran. Gunakan panjang flos secukupnya.
  • Lilitkan tiap satu hujung pada ibu jari dan jari ketiga
  • Mulakan memflos permukaan gigi dengan menggunakan gerakan merisik biola.
  • Pastikan benang hanya menyentuh permukaan gigi sahaja.
  • Perhatikan agar benang tidak melukai gusi. Jika tidak, luka pada gusi akan menjadi

]]>
https://web.mda.org.my/16-sejarah-benang-flos/feed/ 0
15. Air Liur Penting Untuk Mulut https://web.mda.org.my/15-air-liur-penting-untuk-mulut/ https://web.mda.org.my/15-air-liur-penting-untuk-mulut/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:54:25 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7507

15. Air Liur Penting Untuk Mulut

img

Pernahkah adik terfikir apa gunanya air liur dalam mulut? Ramai orang tidak menyedari betapa pentingnya peranan air liur dalam kehidupan kita sehari-hari.

Air liur dihasilkan oleh organ pengeluar liur yang dinamakan kelenjar liur. Kelenjar ini berbentuk seperti anggur dan banyak terdapat dalam mulut kita. Liur ini akan keluar ke dalam mulut melalui terowong kecil yang dinamakan duktus, yang menghubungkan kelenjar liur dengan ruang mulut. Hujung duktus ini terletak di empat penjuru mulut dekat gigi-gigi geraham pertama dan kedua.

Kita perlukan air liur kerana ia beraksi menghaluskan makanan yang telah dikunyah sehingga menyebabkan ia terasa enak dan mudah ditelan.

Dalam keadaan lazim, air liur juga berperanan sebagai pelincir dan pembersih mulut.

Ahli sains menemui bahawa dalam keadaan lazim, seorang remaja akan menghasilkan sejumlah 3.7 mililiter (ml) air liur setiap lima minit. Jumlah ini akan meningkat kepada 13.8 ml apabila kita mengunyah.

Tetapi kelenjar liur boleh mengalami sekatan kerana perasaan tertekan yang amat seperti semasa mengambil peperiksaan, penyakit tertentu atau kesan sampingan ubat yang dimakan.

Rasa cemas ini akan menyampaikan arahan kepada kelenjar liur kita untuk mengurangkanb pengeluaran liur. Tetapi keadaan ini adalah sementara kerana setelah rasa cemas hilang, kelenjar liur kita berfungsi seperti biasa.

Tetapi kerosakan kelenjar liur boleh juga bersifat kekal. Misalkan, penderita penyakit kanser mulut yang melalui rawatan sinar X akan mengalami kerosakan kelenjar liur yang kekal.

Apabila fungsi kelenjar liur terencat sama ada secara sementara atau kekal, ia akan menyebabkan jumlah air liur yang dihasilkan berkurangan.

Ini menyebabkan air liur menjadi kental. Keadaan ini juga lazim terjadi pada penagih dadah. Kadangkala air liur langsung tidak keluar kerana kelenjar liurnya telah musnah sama sekali.

Jika tiada air liur, gusi dan tisu lembut mulut akan terasa kering dan mudah luka. Tanpa air liur proses bercakap juga amat sulit kerana tekak kita terasa kering dan sukar untuk berfungsi.

Bila mulut terasa kering kita lazimnya lebih cenderung untuk mengambil makanan yang lembut dan cair. Ini menyebabkan sisa makanan tertempel lebih lama di stas permukaan gigi dan gusi.

Anehnya, sekalipun kelenjar liur musnah tetapi jumlah bakteria mulut tetap seperti biasa. Bakteria ini akan memakan sisa makana yang terlekat pada celah gigi.

Seperti biasa, proses ini akan menyebabkan asid terbentuk dan memusnahkan enamel gigi dengan cepat. Keadaan mulut yang kering pula akan menyebabkan proses pembentukan asid terjadi jauh lebih pantas dan ganas daripada keadaan lazim.

Menjaga kebersihan mulut amat penting apabila kita mengalami keadaan mulut kering. Gusi dan tisu lembut lain mudah luka. Oleh itu kita mesti menggunakan berus lembut dan dengan tekanan ringan.

Mengesip buah asam boi atau seumpamanya semasa menduduki ujian atau peperiksaan untuk meredahkan rasa takut dan cemas bukanlah suatu amalan yang baik dan ia patut dicegah.

]]>
https://web.mda.org.my/15-air-liur-penting-untuk-mulut/feed/ 0
14. Sejarah Pencungkil Gigi https://web.mda.org.my/14-sejarah-pencungkil-gigi/ https://web.mda.org.my/14-sejarah-pencungkil-gigi/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:53:35 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7505

14. Sejarah Pencungkil Gigi

img

Tahukah adik apa gunanya pencungkil gigi? Pencungkil gigi juga dipanggil tusuk gigi. Fungsinya ialah untuk membersihkan cebisan makanan yang terlekat di antara gigi kita. Ia berperanan sama seperti benang flos. Bezanya ia dibuat daripada bahan kayu atau plastik. Pencungkil gigi ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat awam. Ia mula digunakan 200 atau 300 tahun yang laIu. Dalam beberapa kebudayaan kuno prasejarah, pemberian cungkil gigi mempunyai erti yang amat tinggi nilainya. Ia menggambarkan kasih sayang si pemberi kepada si penerima. Pencungkil gigi dalam masyarakat di zaman lain itu juga boleh merupakan sebahagian daripada “mas kahwin” untuk menikah.

Dalam kebudayaan kaum Romania dan Greek pula, pencungkil gigi menunjukkan darjat dan kedudukan si pengguna. Lebih tinggi kedudukan seseorang, lebih biasalah ia akan menggunakan pencungkil gigi ini. Pencungkil gigi juga tidak dibuat daripada kayu sahaja tetapi boleh juga daripada belalai gajah ataupun logam mahal.

Pencungkil gigi juga pernah dihubungkaitkan dengan kepercayaan agama. Agama Hebrew menggalakkan penganutnya menggunakan pencungkil gigi pada majlis makan hari rayanya. Agama Hindu pula menganggap menggunakan pencungkil gigi daripada dahan sejenis pokok buah “fig” untuk membersihkaan gigi adalah amalan yang terpuji.

Sementara itu, Nabi Muhammad s.w.t. sendiri dikatakan oleh para sahabatnya pernah membuat permintaan terakhir untuk diberikan sebatang cungkil gigi sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

Kemasyhuran pencunkil gigi juga banyak dikaitkan dengan dunia kesusasteraan. Penyair terkenal di negara Persia, Omar Khayyam, sebelum meninggal dunia melakukan tiga perkara penting. Salah satu ialah membersihkan mulutnya dengan cungkil gigi sebelum menghembuskan nafasnya.

Di zaman moden ini, pencungkil gigi selalu disediakan di restoran makan. Ia dibuat daripada kayu dan boleh berbentuk leper macam papan atau bulat. Ia mesti digunakan dengan betul jika tidak boleh mengakibatkan gusi yang terdapat di antara dua gigi tertekan ke bawah sehingga membentuk lubang.

Ini lebih berbahaya kerana lebih banyak dan lama cebisan makanan tertinggal di situ. Akibatnya ia akan menjadi tumpukan bahan makanan bakteria mulut yang banyak.

Ini akan menyebabkan asid lebih banyak terbentuk. Akibatnya gigi lebih cepat reput. Jika tidak begitu pandai menggunakannya, minta ibu atau ayah tolong atau adik boleh membeli pencungkil gigi yang berbentuk berus gigi segi tiga kecil yang dibuat daripada bahan nilon. Berus kecil ini lebih terkawal. Ia tidak hanya membersihkan celah-celah gigi tetapi juga mengurut gusi adik.

]]>
https://web.mda.org.my/14-sejarah-pencungkil-gigi/feed/ 0
13. Rawatan Ortodonti https://web.mda.org.my/13-rawatan-ortodonti/ https://web.mda.org.my/13-rawatan-ortodonti/#respond Sat, 18 Apr 2020 07:52:53 +0000 https://web.mda.org.my/?p=7503

13. Rawatan Ortodonti

Pernahkah anda melihat rakan yang memakai sejenis alat dawaian di sekeliling gigi mereka? Alat ini dinamakan alat ortodonti. Rawatan ortodonti pula bermakna memulihkan atau mengubah (orto) kedudukan kegigian (donti). Rawatan ini diberikan kepada mereka yang mempunyni kedudukan giginya yang tidak teratur. Punca gigi yang tidak teratur ini mempunyai pelbagai sebab.

Keturunan atau baka adalah salah satu punca ketidakjajaran gigi terjadi. Misalnya, si anak mendapat tulang rahang yang kecil daripada ibunya tetapi memperoleh gigi yang bersaiz besar daripada bapanya sehingga kesemua gigi tidak muat untuk ditempatkan ke dalam rahang tadi.

Jadi, gigi akan terkeluar dari tulang rahang; bersimpang-siurlah gigi yang keluar. Selalunya ketidakjajaran gigi juga disebabkan gigi susu yang dicabut terlalu awal kerana karies gigi sehingga membantutkan pertumbuhan tulang rahang.

Hasilnya tulang rahang tumbuh agak kecil dan menyebabkan gigi yang tumbuh di atasnya tidak teratur.

Dalam keadaan yang lebih teruk, kedudukan rahang atas dan bawah akan terbalik sehingga gigi-gigi depan di rahang bawah yang lebih ke depan daripada gigi atas.

Ini terjadi kerana ketidakseimbangan pertumbuhan rahang bawah dengan bahagian muka atas.

Kaedah rawatan ortodonti juga bergantung kepada jenis kelainan yang dialami. Jika hanya satu dua gigi sahaja yang terkena, maka suatu alat ortodonti pasang tanggal boleh dipasang. Si pesakit terpaksa memakainya setiap hari tetapi boleh ditanggal untuk memberus gigi dan kemudian dipasang semula.

Jika keadaan ketidakjajaran mengenai banyak gigi adalah lebih rumit maka suata alat ortodonti lekap atau tetap akan dipasang.

Hanya doktor gigi sahaja yang boleh membukanya. Rawatan dengan menggunakan alat di atas memerlukan sekurang-kurang enam bulan bagi kes yang paling mudah dan boleh berlanjutan sehingga dua tahun atau lebih untuk kes yang lebih rumit.

img

Untuk keadaan yang lebih rumit dan melibatkanketidakseimbangan pertumbuhan tulang muka rawatan mungkin memerlukan pembedahan untuk memotong sebahagian kecil tulang rahang, kemudian suata alat luar muka mungkin perlu dipasang. Rawatan begini lebih rumit, memerlukan waktu yang lama dan juga perhatian pakar ortodonti.

Rawatan juga boleh dibahagikan kepada rawatan berasaskan pemulihan paras muka atau estetik.

Lazimnya rawatan akan dimulakan sekitar umur 10 tahun atau ketika kebanyakan gigi telah tumbuh di atas rahang dan pertumbuhan rahang juga sudah mencapai had maksimum dan stabil.

Pesakit yang sanggup menjalani rawatan ini juga perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk terus memakai alat ortodonti sehingga rawatan selesai, perlu daya tahan mental yang kuat dan mesti gigih membersihkan sisa-sisa makanan yang tersangkut di celah-celah alat.

Jika tidak, bakteria akan beraksi dengan cebisan makanan tadi membentuk asid yang akhirnya akan mencairkan permukaan gigi kita sehingga membentuk karies – suatu kegagalan rawatan yang kita tidak harapkan.

Rawatan ortodonti juga merupakan salah satu rawatan pergigian yang cukup mahal. Anda perlu mempunyai sikap positif untuk menjalani rawatan ini.

]]>
https://web.mda.org.my/13-rawatan-ortodonti/feed/ 0